Logo SMKPSP


Warna Biru
˃   Melambangkan perpaduan, ketenangan dan keceriaan yang kondusif.
˃   Kesepaduan ini menjana cita-cita sekolah menuju ke arah kecemerlangan.
˃   Warna ini juga melambangkan pelbagai bangsa yang hidup bersatu padu demi mengekalkan perpaduan serta keamanan untuk memastikan kejayaan rakyat Malaysia amnya dan warga SMKPSP terhadap sekolah.
Warna Kuning
˃   Melambangkan kemuliaan diri, nama, maruah serta prestasi baik sekolah yang sentiasa dipelihara di samping melambangkan hasrat untuk mendaulatkan undang-undang dan peraturan di SMKPSP.
Warna Merah
˃   Melambangkan semangat dan motivasi yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan dalam segala bidang iaitu kurikulum, kokurikulum, sahsiah, pengurusan dan kepimpinan SMKPSP.
˃   Warna ini juga melambangkan semangat waja warga SMKPSP dalam mengajar aspirasi Negara untuk menjadi sekolah yang unggul.
Warna Putih
˃   Merujuk kepada nilai-nilai murni yang tinggi serta kesucian dan keikhlasan warga SMKPSP . Warna ini mencerminkan kebersihan dan kemuliaan hati yang menjadi intisari kepada sifat-sifat amanah.
˃   Warna ini juga merujuk kepada kemurnian hati dan budi pekerti baik yang akan sentiasa menjadi amalan warga SMKPSP.

0 comments:

SMKPSP Boleh! . Fokus! . Berilmu, Berwawasan, Berakhlak Mulia, Berbakti . Cemerlang Di Dunia, Sejahtera Di Akhirat . SEMESTRA TERBAIK! .